Wednesday, November 24, 2010

Cheng Ho a.k.a Zheng He Sang Pembelah Samudera!

Hari ini dalam sejarah. Bukan, tetapi dalam lipatan sejarah yg sedang dilukiskan. Sejarah aku menjadi seorang sukarelawan bagi ekspo yg dilihat gah, gigantic; i.e Kelantan-China International Trade Fair kerana bukan sahaja melibatkan negara tembok besar tersebut, akan tetapi turut disertai oleh 15 buah negara termasuk Indonesia, Kyrgystan dan negara 'tan-tan' yg lain. Pendek kata, ekspo ini bukan shja untuk tujuan ekonomi antara 15 buah negara malah bg merungkai sejarah keagungan laksamana agung Cheng Ho (Zheng He) semasa legasi Dinasti Ming.

Beliau ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dalam pada itu, Cheng Ho yg juga dikenali sebagai Mah Sam Po, telah mengepalai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Beliau ialah Muhammad Shams, seorang muslim yg memimpin sebuah angkatan tentera yg majoriti ialah beragama Buddha. Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Beliau kemudiannya dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istanaZhu Di, putera Yan yang mahir berperang.

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud 'Maharaja Kebahagiaan Abadi') menjadi maharajaDinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran diZenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.

Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi(memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawahMaharaja Xuande (memerintah 1426 -1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir. Pada umumnya, antara tempat yg pernah disinggahi beliau ialah Melaka, Pahang, Sumatera, Pulau Jawa, Sri Lanka, India, Parsi, Teluk Parsi, Semenanjung Arab, Laut Merah jauh ke utara sehingga ke Mesir, dan Afrika jauh ke selatan sehingga ke Selat Mozambique. Jumlah pelayarannya pelbagai bergantung kepada kaedah pembahagian, tetapi dia mengembara sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali ke 'Lautan Barat' dengan armadanya. Armadanya termasuk 30,000 orang dan tujuh puluh kapal pada kemuncak penjelajahannya. Dia membawa balik banyak trofi dan wakil dari tiga puluh kerajaan ke China — termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke China untuk bertemu Maharaja.

Inilah Cheng Ho, sang pembelah samudera!