Tuesday, September 27, 2011

Hudud, Qisas dan Takzir: Undang-undang Islam is not comparable! (suatu perkongsian)

Undang-undang Islam sudah pernah dilaksanakan di Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi ianya mula tenggelam akibat penjajahan British , di mana British telah merombaknya dan menggantikannya dengan Undang-undang British, sampai lah sekarang.

Dan Undang-undang Islam masih tidak dapat dilaksanakan sekarang walaupun di negeri Kelantan kerana kita semua masih tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan @ Undang-undang British ini. Untuk meminda sesuatu undang-undang di dalamnya, perlukan kepada sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia telah merangka satu sistem yang amat sempurna untuk hamba-hambaNya. Dia memahami setiap jiwa dan raga di muka bumi ini. Nelayan, petani, polis, peniaga, guru, mekanik dan sebagainya mempunyai hati dan perasaan. Semuanya perlukan kepada satu sistem yang sempurna. Dan tiada yang lebih sempurna melainkan apa yang Allah S.w.t telah amanahkan kepada kita supaya melakukannya.

Tetapi nampaknya kini kita masih lagi mengagungkan Undang-undang dan sistem British, sehinggakan Mahkamah Sivil lebih tinggi kedudukannya dari Mahkamah Syariah. Sedangkan AlQuran sudah sebut tentang kebaikan mengagungkan undang-undang dari Allah S.w.t.

Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” Surah al-Haj : Ayat 30


لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا


"Hukum Hudud yang dilaksanakan di muka bumi adalah lebih baik bagi penduduk bumi dari mereka diberi hujan tiga puluh pagi." (Hadith Riwayat An-Nasa-ie , dari Abu Hurairah , Sahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538)

Ingin saya jelaskan terlebih dahulu bahawa syariat Islam ini didatangkan Allah kepada manusia untuk menangani dan mengatasi lima perkara utama yang diistilahkan sebagai al-kulliyyatul khamsah atau disebutkan juga sebagai maqasid as-syariah. Tujuan syariat itu diturunkan kepada manusia iaitu untuk menjaga agama, akal, maruah atau jatidiri, keturunan dan harta manusia.

Dalam kes kita ini termasuk dalam hal menjaga maruah atau keperibadian. Untuk inilah maka antaranya syariat turun ada kesalahan yang dipanggil sebagai zina (termasuk liwat), qazaf atau menuduh orang lain melakukan zina. Sekiranya hal-hal moral yang kita bincangkan ini tidak dilaksanakan maka tiada jaminan untuk kita dapat atasi masalah moral. Tapi kalau kita atasinya dengan syariah maka sudah ada suatu jaminan Allah dalam al-Quran kalau dalam kes zina sebagai contoh yang bermaksud : Janganlah kamu merasakan dengan sebarang keberatan ataupun kasihan kepada orang yang sabit melakukan kesalahan moral seperti zina, atau tuduh zina ini dalam melaksanakan hukum Allah.

Tujuannya mudah sahaja iaitu itulah hukuman sebagai balasan yang setimpal atas kesalahan yang mereka lakukan dan Allah menjanjikan untuk melarang dan mencegah agar ianya tidak berlaku lagi kesalahan yang seperti itu. Apabila Allah menjanjikan bahawa ia akan melakukan, ianya ditamatkan ayat itu dengan Allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana. Perkasa - dia mampu melakukan apa sahaja. Bijaksana - Dia tahu apa yang menjadi ubat kepada setiap penyakit dalam masyarakat.

Sebab itu maka tiada cara yang lebih berkesan daripada menggunakan syariat dan undang-undang Allah bagi menangani isu yang sedang kita hadapi sekarang ini bagi menjamin kestabilan masyarakat untuk masa depan. [Datuk Dr Haron Din]

Sememangnya tajuk Hukum Hudud dan Qisas terdapat dalam pelajaran feqah / syariah. Tetapi kita mesti tahu juga, kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kalau kita hanya mengamalkan syariah tetapi tidak mempunyai pegangan / aqidah, ibaratnya seperti kosong juga. Sama seperti kita beriman dengan rukun-rukun iman, tetapi tidak melaksanakan secara feqahnya, maka 2 kali 5 lah tu. Iman tanpa Islam tidak diterima, begitu juga Islam tanpa iman, kedua-duanya saling berkait rapat dan mesti teguh belaka.

Terlebih dahulu mari kita fikir, beriman dengan AlQuran adalah termasuk dalam salah satu rukun iman. Adakah beriman dengan AlQuran itu dengan semata-mata mengatakan aku sudah beriman dan percaya kepada AlQuran, sedangkan kandungannya kita tidak akui dan terima kesemuanya? Maka adalah hukum hudud, qisas dan lain-lain ternyata terkandung dalam AlQuran dan banyak kali diulang-ulang, tetapi mengapa kita masih menyisihkannya?

Kita mengatakan Allah Maha Bijaksana, tetapi mengapa kita mengatakan Hukum / Undang-undang Penjajah lebih relevan dari Undang-undang Allah sekarang ini? Kononnya Undang-undang Allah tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan moden ini. Tidak nampakkah kita ianya melibatkan soal aqidah kita? Jika kita mengatakan Allah itu Maha Bijaksana, bermakna sepatutnya kita juga mengatakan semua perintah Allah itu adalah amat Bijaksana dan relevan sepanjang masa sehingga ke hari kiamat. Mengapa relevan hingga ke hari kiamat? Kerana Islam sudah sempurna termasuklah undang-undang yang diperintahkan agar kita melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu.” Surah Al-Maidah : Ayat 3

FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan keadilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115

Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99

Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” Surah An-Nahl : Ayat 89

Islam telah sempurna TERMASUKlah dalam soal undang-undang sebuah negara. Semuanya itu telah ditunjukkan dan diamalkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w dan para sahabat yang mulia. Teramat banyak kandungan tentang undang-undang yang telah tercatat dalam Sejarah Islam tetapi telah dipinggirkan sekarang dan lebih diutamakan Law of Enactment British hasil ciptaan Sir Lord Reid.

Di mana keyakinan kita terhadap kebenaran dan kemuliaan AlQuran jika sekiranya hukum-hukum yang terkandung di dalamnya kita anggap tidak relevan? Tak nampak lagikah bahawa ianya bersangkut paut dengan AQIDAH kita? Bersangkut paut dengan keimanan kita terhadap AlQuran yang Mulia? Mengapa kita hanya pandai mengucapkan beriman kepada AlQuran di bibir tetapi tidak meyakini dengan kandungannya? Adakah sekadar kita tidak mahu orang mengatakan kita tidak beriman kepada AlQuran? Sekadar mahu mengambil hati manusia dan berpura-pura? Itu sudah termasuk dalam bab riya'.


“Dan dalam Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah : Ayat 179)

Jika sekiranya kita betul-betul menjalankan Undang-undang Islam secara menyeluruh, maka kita rangka lah secara beransur-ansur. Dan tujukan hanya kepada orang-orang Islam buat permulaannya (daripada tidak jalankan langsung). Contohnya berzina mesti dikenakan hukuman sebat 100 kali sebatan di depan orang ramai. Agar menjadi pengajaran kepada orang lain dan orang tidak akan berani lagi untuk berzina. Insya Allah nanti tiada lah anak haram yang lahir, tiada lagi kes-kes buang anak, tiada lagi rogol perkosa anak dara orang dan sebagainya. Tak ke aman tuuuuu?

Jika mengikut undang-undang yang ada sekarang, orang berzina hanya dihukum denda atau penjara. Dan bukan dilakukan di hadapan khalayak ramai. Maka yang kaya tidak takut lah untuk mengulanginya, apa lagi orang ramai pun tidak tahu. Maka apa takutnya untuk mengulang lagi?

Jika pencuri dihukum kerat tangan, maka siapa lah yang berani untuk MENCURI? Anda boleh tinggalkan rumah , kedai dan kenderaan anda tanpa perlu dikunci pun, tidak kah aman tuu? Tetapi sekarang ini, nak tinggalkan motosikal di tempat parking sekejap pun sudah resah gelisah, apa lagi nak tinggalkan rumah buat beberapa hari.

Dan begitulah seterusnya dengan hukum-hukum lain, keamanan yang HAKIKI sudah pasti kerana itu janji Allah dan Allah Maha Mengetahui. Dia yang ciptakan manusia, maka Dia tahulah apa undang-undang yang terbaik bagi manusia. Tetapi hanya manusia yang tidak yakin padaNya, na'uzubillah.

Sebaliknya jika kita tidak menjalankan Undang-undang Islam, kita mungkin akan mendapat bala dari Allah S.w.t. na'uzubillah.


Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49

Rasulullah S.a.w bersabda: “Siapa yang taat kepada aku masuk syurga dan siapa yang derhaka adalah dia orang yang engkar (enggan).” (Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam hadith yang lain Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hal-hal bid’ah sememangnya banyak berlaku sekarang dan tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi mari kita fikir sejenak, jika sekiranya undang-undang sebuah negara pun sudah jauh lari dari apa yang nabi ajar, bagaimana untuk menguatkan Islam secara menyeluruh? Bagaimana dengan yang bawah-bawahnya? Jika sistem utama sudah lari dari jalan yang benar maka bagaimana dengan cabang-cabangnya yang lain?

Ini tidak termasuk lagi soal-soal bid’ah lain yang berlaku dalam kampung-kampung dan sebagainya. Itu masih lagi hal peringkat bawahan, tetapi bagaimana dengan hal peringkat tertinggi iaitu HUKUM / Undang-undang / Law sesebuah negara? Tidak pernahkah anda terfikir? Jika peringkat tertinggi pun sudah semakin lari dan jauh dari Islam, bagaimana dengan peringkat bawahnya?

Ini lah antara sebab munculnya golongan-golongan yang mahu memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan Hukum Allah di negara kita ini. Tetapi mereka dituduh pula sebagai puak Khawarij kerana menentang kerajaan. Sedangkan mereka sebenarnya bukan menentang kerajaan, tetapi MENEGUR dan dalam proses untuk membaiki mengikut saluran-saluran yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri iaitu proses pilihanraya dan undang-undang. Sedangkan puak Khawarij yang sebenar ialah mereka yang menentang sahabat nabi YANG MENEGAKKAN HUKUM ALLAH! Itu kita mesti faham, tetapi sekarang ini sudah terbalik tuduhan itu.

Khawarij asal dari perkataan ‘Kharaja’ iaitu ‘keluar’, dan puak khawarij adalah puak yang keluar dari ahlus sunnah wal jama’ah dan menentang pemerintahan Saidina Ali r.a yang menegakkan UNDANG-UNDANG / HUKUM ALLAH.

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Bermakna jika kita sendiri tidak berusaha untuk menegakkan kembali Hukum Allah yang amat peaceful, harmoni dan adil itu maka ianya tidak akan tertegak dengan sendirinya. Gunakan lah akal fikiran yang Allah bagi pada kita ini, jangan hanya sekadar menjadi pak turut tanpa mengkaji asasnya. Sebab itu ayat AlQuran pertama turun iaitu Iqra’, iaitu suruh kita membaca, belajar, mengkaji tak putus-putus. Semua kita sudah tahu tentang ini, dan kebanyakan kita dah baca hadith-hadith yang menyarankan agar kita semua menuntut ilmu. Tetapi penerimaan kita itu yang kureng agaknya.

Dengan itu sekali lagi saya mahu menegaskan , bahawa jika anda mengatakan Allah Maha Hebat dan Maha Bijaksana, MAKA anda mestilah juga mengakui bahawa perintah-perintah dan hukumNya juga adalah yang TERHEBAT dan paling BIJAKSANA. Marilah sama-sama kita jadi hamba Allah yang mahu memperjuangkan agamaNya dan menegakkan hukumNya, bukannya menjadi mereka yang menentang perjuangan Islam dan meremeh-remehkan hukum Allah!

Tetapi ingat, jangan sampai kita berpecah belah! Biarlah orang nak pecah belah dengan kita, tetapi jangan kita yang berniat begitu. Perjuangan untuk menegakkan Islam dan Hukum Allah pun adalah bertujuan untuk BERSATU, KEAMANAN, KEADILAN dan untuk KESEJAHTERAAN semua, tidak kira kepada yang Islam atau bukan Islam, dan bukannya hanya kepada golongan tertentu sahaja.

"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al-Ma’idah : ayat 49).

…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Surah Al Ma’idah : 44)

……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al Ma’idah : 45)

……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al Ma’idah : 47)

Ada golongan yang mengatakan bahawa ayat-ayat dalam Surah Al-Maidah di atas hanya ditujukan khas buat kaum Yahudi. Saya jawab, memang betul sejarah asalnya ayat itu ditujukan kepada kaum Yahudi, tetapi kita mesti ingat, HUKUM nya TIDAK DIMANSUH kan. Islam bukan agama baru, tetapi agama PELENGKAP kesemua agama-agama samawi yang lama.

Panjang lebar lagi untuk dihujjah berkenaan ayat-ayat Surah Al-Maidah itu, cukup saya sertakan dulu di sini petikan kata-kata Dr Yusof Qardhawi. “Sesiapa daripada kalangan yahudi dan nasrani yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T, maka dia adalah kafir, zalim dan fasiq; manakala umat Islam yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah tidak menjadi kafir, zalim atau fasiq. Wallahi! Perkara ini adalah amat ajaib.(من فقه الدولة في لإسلام)

Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 99)

Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” (Surah An-Nahl : Ayat 89)

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (Surah An-Nisaa' : Ayat 115)


".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih)



Hikmah melaksanakan Hukum Hudud dari segi saintifik

Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semuanya ada hikmah yang tersendiri, begitu juga dengan Hukum Hudud, Qisas, Takzir dan sebagainya lagi. Amat banyak lah hikmahnya dan perlukan kepada satu tajuk lain untuk pembahasan secara khusus. Tetapi kali ini saya hanya ingin mengutip petikan dari tulisan Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan tentang hikmah disebalik pelaksanaan Hukum Hudud terhadap orang-orang yang berzina.

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Sememangnya mengikut kajian sains pun, jika sudah putus urat leher kita maka sudah tiada hubungan dengan otak lagi. Maka simati yang dihukum tidak merasa terseksa di saat kematiannya. Berbeza dengan hukum gantung sampai mati yang biasanya memerlukan masa yang lama untuk tercabut nyawa. Wallahu a’lam :)

Friday, August 12, 2011

Ramadhan

Satu perkongsian...

Ramadhan adalah satu bulan mulia, yang dilatari oleh 3 selang masa iaitu bulan rahmat(10 hari pertama), bulan keampunan(10 hari kedua) dan bulan dimerdekakan drpd azab api neraka(10 hari terakhir), yang membolehkan manusia menghadap ke hadrat Allah dalam keadaan mulia juga. Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommendation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya “Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?” Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya’qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Moral & Iktibar

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji.
Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.
Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.
Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

Tuesday, May 31, 2011

Sejarah Khilafah Islamiyyah

Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kaum muslimin agar mereka mengangkat seorang khalifah setelah beliau SAW wafat, yang dibai'at dengan bai'at syar'iy untuk memerintahkan kaum muslimin berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW. Menegakkan syari'at Allah, dan berjihad bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh Allah.

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya tidak ada Nabi setelah aku, dan akan ada para khalifah, dan banyak (jumlahnya)." para sahabat bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi SAW menjawab, "penuhilah bai'at yang pertama, dan yang pertama. Dan Allah akan bertanya kepada mereka apa-apa yang mereka pimpin." (HR. MUSLIM) Rasulullah SAW berwasiat kepada kaum muslimin, agar jangan sampai ada masa tanpa adanya khalifah (yang memimpin kaum muslimin). Jika hal ini terjadi, dengan tiadanya seorang khalifah, maka wajib bagi kaum muslimin berupaya mengangkat khalifah yang baru, meskipun hal itu berakibat pada kematian.

Sabda Rasulullah SAW : "Barang siapa mati dan dipundaknya tidak membai'at Seorang imam (khalifah), maka matinya (seperti) mati (dalam keadaan) jahiliyyah."

Rasulullah SAW juga bersabda : "Jika kalian menyaksikan seorang khalifah, hendaklah kalian taat, walaupun (ia) memukul punggungmu. Sesungguhnya jika tidak ada khalifah, maka akan terjadi Kekacauan." (HR. TABRANI)

sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan (kepada kita) untuk taat kepada khalifah. Allah berfirman : "Hai orang-orang yang berfirman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu." (AN NISA :59)

Kaum muslimin telah menjaga wasiat Rasulullah SAW tersebut sepanjang 13 abad. Selama interval waktu itu, kaum muslimin tidak pernah menyaksikan suatu kehidupan tanpa ada (dipimpin) seorang khalifah yang mengatur urusan-urusan mereka. Ketika seorang khalifah meninggal atau diganti, ahlul halli wal 'aqdi segera mencari, memilih, dan menentukan pengganti khalifah terdahulu. Hal ini terus berlangsung pada masa-masa islam (saat itu). Setiap masa, kaum muslimin senantiasa menyaksikan bai'at kepada khalifah atas dasar taat. Ini dimulai sejak masa Khulafa' al-Rasyidin hingga period para Khalifah dari Dinasti 'Uthmaniyyah.

Kaum muslimin mengetahui bahawa khalifah pertama dalam sejarah Islam adalah Abu Bakar ra, akan tetapi majoriti kaum muslimin saat ini, tidak mengetaui bahawa Sultan 'Abdul Majid II adalah khalifah terakhir yang dimiliki oleh umat Islam, pada masa lenyapnya Daulah Khilafah Islamiyyah akibat kebobrokan Mustafa Kamal Attaturk laknatullah yang menghancurkan sistem khilafah dan meruntuhkan Dinasti 'Uthmaniyyah. Fenomena ini terjadi pada tanggal 27 Rejab 1342 H.

Dalam sejarah kaum muslimin hingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri dari 5 orang khalifah dari khulafa' al-Rasyidin, 14 khalifah dari Bani Umayyah, 18 khalifah dari Bani 'Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke Cairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah. Setelah itu khalifah berpindah kepada Bani 'Uthmaniyyah. Dari Bani ini terdapat 30 orang khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafa' al-Rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Meskipun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah 'Umar bin 'Abd al-'Aziz, Harun al-Rasyid, Sultan 'Abdul Majid, serta khalifah-khalifah yang masyhur dalam sejarah.

Masa khulafa' al-Rasyidin

1.Abu Bakar ash-Siddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
2.Umar bin al-Khattab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
3.Uthman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
4.Ali bin Abi Thalib kwj (tahun 35-40 H/656-661 M)
5.Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M)


Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu'awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

1.Mu'awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
2.Yazid bin Mu'awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
3.Mu'awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)
4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
5.'Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)
6.Walid bin 'Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
7.Sulaiman bin 'Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
8.'Umar bin 'Abdul 'Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
9.Yazid bin 'Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)
10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)



Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad, Bani Buwaih dan Bani Saljuk.


I. Dari Bani 'Abbas

1. Abul 'Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)

2. Abu Ja'far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)

3. Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)

4. Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)

5. Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)

6. Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)

7. Al-Ma'mun (tahun 198-217 H/813-833 M)

8. Al-Mu'tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)

9. Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)

10. Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)

11. Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)

12. Al-Musta'in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)

13. Al-Mu'taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)

14. Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)

15. Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)

16. Al-Mu'tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)

17. Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)

18. .Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)


II. Dari Bani Buwaih 19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)

1. Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)

2. Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)

3. Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)

4. Al-Muthi' Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)

5. Al-Thai'i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)

6. Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)

7. Al-Qa'im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)


III. Dari Bani Saljuk

1. Al Mu'tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)

2. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)

3. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)

4. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)

5. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)

6. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)

7. Al Mustadhi'u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)

8. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)

9. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)

10. Al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)

11. Al Mu'tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)

Setelah itu kaum muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi karena serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk tidak tinggal diam, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan. kemudian mereka membai'at Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara laki-laki khalifah Al Mustanshir Billah, paman dari khalifah Al Mu'tashim Billah. Pusat pemerintahan dipindahkan lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang iaitu :

1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)
2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)
3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)
5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
6. al Mu'tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)
7. Al Mutawakkil 'Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)
8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
9. Al Mu'tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
10. Al Mutawakkil 'Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)
11. Al Musta'in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)
12. Al Mu'tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)
13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
14. Al Qa'im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
16. Al Mutawakkil 'Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)
17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
18. Al Mutawakkil 'Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)

Ketika daulah Islamiyah Bani Saljuk berakhir di Anatolia, kemudian muncul kekuasaan yang berasal dari Bani Uthman dengan pemimpinnya "Uthman bin Erthugrul sebagai khalifah pertama Bani Uthman, dan berakhir pada masa khalifah Bayazid II (918 H/1500 M) yang diganti oleh putranya Sultan Salim I. Kemudian khalifah dinasti Abbasiyyah, yakni Al Mutawakkil "alallah diganti oleh Sultan Salim. Ia telah berjaya menyelamatkan kunci-kunci al-Haramain al-Syarifah. Dari dinasti Utsmaniyah ini telah berkuasa sebanyak 30 orang khalifah, yang berlangsung mulai abad keenam belas Masihi. Nama-nama mereka adalah sebagai berikut:

1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
8. 'Uthman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)
13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)
14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730-1754 M)
18. "Uthman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757-1774 M)
20. 'Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
22. Mustafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
24. 'Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
25. "Abdul 'Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
27. Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
30. 'Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)

Sekali lagi terjadi dalam sejarah kaum muslimin, hilangnya kekhalifahan. Sayangnya, kaum muslimin kini tidak peduli dengan runtuhnya kekhilafahan. Padahal menjaga kekhilafahan tergolong sebagai kewajiban yang sangat penting. Dengan lenyapnya institusi kekhilafahan, mengakibatkan goncangnya dunia Islam, dan membiakkan persundalan di seluruh negeri Islam. Namun sayang sekali, tiada (pengaruh) apapun dalam diri umat, kecuali sebahagian kecil sahaja.

Jika kaum muslimin pada saat terjadinya serangan pasukan Tartar ke negeri mereka, mereka sempat hidup selama 3,5 tahun tanpa ada khalifah, maka umat Islam saat ini, telah hidup selama lebih dari 75 tahun tanpa keberadaan seorang khalifah. Seandainya negara-negara Barat tidak menjajah dunia Islam, dan seandainya tidak ada pengaruh thaqafah(kebudayaan), peradaban, dan pelbagai persepsi kehidupan yang dicorak oleh Barat terhadap kaum muslimin, kemunculan semula sistem kekhilafahan itu akan jauh lebih mudah. Akan tetapi kehendak Allah berlaku bagi ciptaan-Nya dan menetapkan umat ini hidup pada masa yang cukup lama.

Umat Islam saat ini hendaknya mulai rindu dengan kehidupan mulia di bawah naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Dan Insya Allah Daulah Khilafah itu akan berdiri. Sebagaimana sabda Rasulullah "...kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi". Kami dalam hal ini tidak hanya yakin bahwa kekhilafahan akan tegak, lebih dari itu, kota Rom (sebagai pusat agama Nasrani) dapat ditakluk oleh kaum muslimin setelah dikalahkannya Konstantinopel yang sekarang menjadi Istanbul. Begitu pula daratan Eropah, Amerika, dan Rusia akan dikalahkan. Kemudian Daulah Khilafah Islamiyah akan menguasai seluruh dunia setelah berdirinya pusat Daulah Khilafah. Sungguh hal ini dapat terwujud dengan Izin Allah. Kita akan menyaksikannya dalam waktu yang begitu hampir.

Monday, January 17, 2011

Sandiwara Syiah...

Sebagai umat Islam yang berjalur addin yang benar yakni mengikut saluran ahlus-Sunnah-wal-Jama’ah, kita tidak dapat lari daripada pelbagai persoalan. Salah satu masalah besar umat pada hari ini adalah konflik perpecahan antara sesama muslim sama ada yang menurut mazhab Syafie, Hanbali, Maliki atau Hanafi. Namun, hal ini sewajibnya ditangani dengan hikmah dan bijaksana, ditambah lagi dengan onar-onar yang dicetuskan oleh Yahudi, Nasrani dan mungkin Syiah, membuatkan umat Islam menjadi semakin tersepit, terpaksa tunduk kepada kuasa polis dunia yang diketuai Yahudi. Kekuatan kita dilindungi kelemahan, dan kelemahan mereka dipayungi kekuatan. Itulah putaran alam. Berbalik kepada persoalan yang membelenggu majoriti umat Islam pada hari ini ialah, siapakah Syiah yang sebenarnya..? Apakah ia salah satu mazhab(seperti mazhab Syafie dsb) dalam Islam..? Perkara inilah menjadi perbahasan oleh umat Islam yang prihatin pada hari ini.

Perlu pembaca ketahui bahawasanya Al-Qur`an yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai kitab suci dan referensi terbesar umat Islam merupakan kitab suci terakhir yang telah Allah jamin kemurniannya daripada berbagai-bagai usaha pengubahan dan penyelewengan. Allah berfirman yang mafhumnya: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur`an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr:9)


Bahkan Allah telah menegaskan dalam firman-Nya yang ertinya: “Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Qur`an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Al-Israa`:88)


Dan juga firman-Nya yang ertinya: “Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad membuat-buatnya.” Katakanlah: “(Kalau benar yang kalian katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kalian panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.” (Yuunus:38)


Namun, orang-orang Syiah umpamanya Syiah Rafidhah dengan beraninya menyatakan bahawa Al-Qur`an yang ada di tangan kaum muslimin ini telah mengalami perubahan dari yang semestinya. Di dalam kitab Ushul Al-Kaafi (yang kedudukannya di sisi mereka seperti Shahih Al-Bukhari di sisi kaum muslimin), karya Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub Al-Kulaini (2/634), dari Abu Abdillah (Ja’far Ash-Shadiq), ia berkata: “Sesungguhnya Al-Qur`an yang dibawa Jibril kepada Muhammad ada 17.000 ayat.” Kalau demikian 2/3 dari Al-Qur`an telah hilang kerana jumlah ayat di dalam Al-Qur`an mengikut pegangan umat Islam ialah tidak lebih daripada 6666 ayat!!!


Dalam juz 1, hal.239-240, dari Abu Abdillah ia berkata: “Sesungguhnya di sisi kami ada mushaf Fathimah, namun mereka tidak tahu apa mushaf Fathimah itu.” Abu Bashir bertanya: “Apa mushaf Fathimah itu?” Abu Abdillah menjawab: “Sebuah mushaf 3 kali lipat dari apa yang terdapat di dalam mushaf kalian (umat Islam). Demi Allah, tidak ada padanya satu huruf pun daripada Al-Qur`an kalian….”


Bahkan salah seorang ahli hadis mereka yang bernama Husain bin Muhammad ath-Thabrisi telah mengumpul banyak riwayat daripada para imam mereka yang ma’shum (menurut mereka), di dalam kitabnya Fashlul Khithab yang menjelaskan bahawa Al-Qur`an yang ada dalam tangan kaum muslimin telah mengalami perubahan dan penyimpangan. Ini merupakan suatu bentuk pelecehan terhadap Al-Qur`an sekaligus sebagai penghinaan kepada Allah, bahawa Dia tidak mampu merealisasikan jaminan-Nya untuk menjaga Al-Qur`an. Ini merupakan salah satu misi Yahudi yang berbajukan Syi’ah Rafidhah sebagai bentuk konspirasi jahat mereka untuk merosak dan mengkaburkan referensi utama umat Islam. Pernyataan kufur mereka ini sama sekali belum pernah dilontarkan sebagai sesat sekalipun seperti Mu’tazilah, Khawarij ataupun Murji`ah.

Beberapa Fakta Pemalsuan dan Penyelewengan Al-Qur`an oleh Syi’ah.


Ketika mereka tidak mampu membuat kitab yang setanding dengan Al-Qur`an, maka tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali menambah, memalsukan dan menyelewengkan apa yang terdapat di dalam kitab suci Al-Qur`an sesuai dengan hawa nafsu mereka. Perbuatan tercela ini tiada beza dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi terhadap kitab suci mereka. Allah berfirman yang mafhumnya: “Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.” (Al-Baqarah:79)


Antara contoh pendustaan dan penyelewengan mereka terhadap mushaf Al-Qur`an:

1. Dalam Surat Al-Baqarah:257

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ

“Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan….”
Namun dalam Al-Qur`an palsu mereka:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِوِلاَيَةِ عَلِيّ بْنِ أَبِيْ طَالِبٍ أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ

“Dan orang-orang yang kafir terhadap kepemimpinan Ali bin Abi Thalib itu, pelindung-pelindung mereka adalah syaitan….”

2. Dalam Surat Al-Lail:12-13

إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى(12) وَإِنَّ لَنَا لَلآخِرَةَ وَالأُولَى(13)

“Sesungguhnya kewajiban Kamilah memberi petunjuk, dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia.”
Namun dalam Al-Qur`an palsu mereka:

إِنَّ عَلِيًّا لَلْهُدَى(12) وَإِنَّ لَهُ لَلآخِرَةَ وَالأُولَى(13)

“Sesungguhnya Ali benar-benar sebuah petunjuk dan kepunyaan dialah akhirat dan dunia.”

3. Dalam Surat Al-Insyiraah:7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

“Maka apabila kamu (Muhammad) telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.”
Sedangkan dalam Al-Qur`an palsu mereka:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصِبْ عَلِيًّا لِلْوِلاَيَةِ

“Maka apabila kamu (Muhammad) telah selesai (dari suatu urusan), maka berilah Ali kepemimpinan.”
Bahkan sebelum ayat ini ada tambahan:

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ بِعَلِيٍّ صِهْرِكَ

“Dan Kami angkat penyebutanmu (Muhammad) dengan Ali sang menantumu.”

Para pembaca, bila kita telusuri keyakinan atau aqidah bathil ini, ternyata merupakan sebuah kesepakatan yang ada pada mereka. Tidak satupun di antara ulama-ulama jahat mereka yang menyelisihi kesepakatan ini. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang ulama mereka iaitu Al-Mufid bin Muhammad An-Nu’man dalam kitab Awai’ilul Maqalaat hal 49.


Sementara itu, kewujudan Syiah di dunia hari ini tidak boleh dihindari daripada kisah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kerana pada waktu itulah, Syiah mulai wujud. Semasa legasi pemerintahan Khalifah ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan R.A, perpaduan Islam mulai tercemar dengan kemunculan golongan ‘plastik’. Pada umumnya, Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah setelah Saidina Umar bin al-Khattab dibunuh oleh musuh dalam selimut daripada golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun untuk menganut Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba’.

Namun ternyata Abdullah bin Saba’ mempunyai tujuan lain disebalik pemelukan Islamnya. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan penghormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba’ ke Madinah. Dia meminta izin bagi menghadap Khalifah. Setelah diperkenankan, dia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpenting dalam pentadbiran Uthman R.A. Tetapi Saidina Uthman menolak dan berkata “Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain.”

Saidina Uthman berkata lagi “Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah.” sambung Khalifah lagi “Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang.”

Abdullah bin Saba’ keluar dengan perasaan gelap. Dia telah bersusah-payah untuk memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak itu Abdullah bin Saba’ menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Dia menanamkan tekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacau-bilaukan ajarannya.

Maka Abdullah bin Saba’ berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba’iyah yakni kaum Syiah sekarang.

Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ sehingga ia berani berkata “Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak.”

Mendengar khabar beracun seperti itu, Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Uthman bin Affan, atas perintahnya Abdullah bin Saba’ diusir dari Madinah.

Fenomena Syiah di Malaysia:

Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan daripada umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% daripada seluruh umat Islam di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah:

1. Syiah Imam Dua Belas (Ja'fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

2. Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.


3. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini kini berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1.

Di Malaysia pula terdapat tiga kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

1. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

--------------------------------------------------------------------------------

(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)


2. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Klang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.


3. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi

iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)

v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi

vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin

viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar

xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

Antara gejala Syiah yang timbul akibat daripada fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:

i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.

ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah.

iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah.

iv. Wujudnya sokongan daripada golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.

v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

WALLAHUA'LAM.....