Tuesday, August 31, 2010

~Hubungan Ramadhan dan Syawal~

Ramadhan dan Syawal boleh diumpamakan sebagai dua orang tamu yang berkunjung ke rumah kita. Seorang tetamu berada sedikit terkehadapan berbanding seorang yang lain. Namun, ironinya manusia lupa tentang adab menyambut tetamu. Yang lebih rapat serta akrab dengan kita lebih didahulukan sedangkan dia berada di belakang seorang lagi. Agama kita iaitu Islam mengajar kita agar lebih memuliakan yang lebih mulia( dalam konteks ini tetamu yang berada di hadapan harus disambut dahulu ).

Begitu juga dengan keutamaan Ramadhan berbanding Syawal sedangkan Islam mengasuh umat agar merayakan bulan Ramadhan, penghulu bagi segala bulan. Walaubagaimanapun, percanggahan berlaku apabila kita lebih cenderung untuk merayakan Syawal apatah lagi Ramadhan baru bermula. Sebagai contoh, lagu Selamat Hari Raya, Pulanglah di Hari Raya ( sekadar menyentuh beberapa buah lagu) telah pun dimainkan di corong-corong radio mahupun di pasar raya pada awal Ramadhan. Selain itu, iklan hari raya lebih ‘dihighlightkan’ berbanding bulan Ramadhan.

Belum cukup dengan itu, usai Ramadhan semakin berlabuh maka berlabuh jugalah umat Islam daripada menghangatkan masjid-masjid untuk beribadat kepada Allah. SUNGGUH MENGAIBKAN! Kita sepatutnya semakin menjauh Ramadhan semakin kuatlah amalan kita. Ini sudah terbalik, tunggang-langgang jadinya. Bukankah kita sudah dimaklumkan bahawa peringkat pertama Ramadhan ialah ‘rahmat’, peringkat kedua ialah ‘maghfirah’ ataupun keampunan, manakala sepuluh hari terakhir ialah kemerdekaan daripada api neraka. Senang cerita, ramai masyarakat seolah-olah memilih untuk ‘tidak merdeka daripad api neraka’. Hal inilah yang terjadi.

Baihaqi meriwayatkan dari hadith Ibnu Mas’ud pada bahagian akhirnya disebutkan : “ Dan pada setiap berbuka pada bulan Ramadhan , maka pada setiap malamnya Allah akan membebaskan 60,000 orang dari api neraka; dan apabila hari Raya Idul Fitri, maka Allah akan membebaskan sejumlah orang selama sebulan Ramadhan itu, iaitu 60,000 x 30 .”

Sebagai konklusi, Ramadhan diciptakan bagi memberi peluang kepada umat untuk berlumba-lumba mendapatkan redha Allah. Manakala Syawal diraikan atas kemenangan umat dalam melaksanakan Rukun Islam Ketiga tersebut. Akan tetapi, raya bagi segala raya ialah kemenangan di Hari Akhirat.

Wallahualam bissowab…..

( p/s : tazkirah secara bersama )

Thursday, August 5, 2010

Yahudi dan Nasrani juga percaya kewujudan Imam Mahdi..

Dalam post terbaru ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi. Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Merenggangkan umat Islam daripada memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan tidak beri kesempatan untuk bergerak.

1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahawa orang-orang Kristian mahupun Yahudi Laknatullah adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu. Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi. Dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahua’lam bissowab…..