Saturday, December 11, 2010

Kod Rahsia Dalam Al-Quran. MUST READ!!!

Assalamualaikum wbt…..

Islam adalah satu agama yang universal dan unik, berbeza dengan agama2 samawi lain kerana ia satu-satunya agama yg sahih di sisi Allah. Di sebalik keindahan dan keunikan agama Islam, tersirat pelbagai misteri yang terdapat di dalam kitab Allah yakni al-Quran. Setelah membaca dan menilik-nilik beberapa buah blog dan laman sesawang, saya terpegun dengan beberapa penemuan yang sangat menakjubkan oleh dua orang hamba Allah yg saya temui di alam maya ini.

Justeru, kali ini saya ingin menerangkan serba ringkas perihal ‘coding’ yang terdapat dalam al-Quran. Apa yang dimaksudkan dengan ‘coding’ ialah susunan yang teratur dari segi matematiknya. Apabila membaca tafsir al-quran, saya memang menggemari ayat yang mempunyai unsur sains dan matematik. Antara yang mungkin menarik dan membingungkan anda selama ini ialah seperti firman Allah di bawah:

“Neraka (saqar) adalah pembakar kulit rnanusia. Di atasnya ada sembilan belas (19) penjaga Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami jadikan bilangan mereka itu untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang­orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin, dan supaya orang-orang yang beriman bertambah iman nya, dan supaya orang-orang Mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatankan): ‘Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?’ ” (al-Muddatstsir 74: 29-31)

Apakah agaknya yang dimaksudkan daripada ayat ini. Seringkali kita terfikir mengapa 19? Adakah benar untuk menunjukkan bilangan penjaga neraka semata-mata? Kenapa dikatakan cubaan untuk orang kafir? Bagaimana boleh yakin dengan nombor tersebut? Mengapa boleh menambahkan keimanan dengan nombor tersebut?

Apabila dikaji dan kaji rupa-rupanya angka 19 tersebut bukan sahaja untuk menunjukkan bilangan penjaga neraka tetapi “coding” yang terdapat di dalam al-Quran itu sendiri seringkali menunjukkan ke angka 19. Firman Allah:

“Supaya Dia mengetahui bahwa sesungguhnya rasut-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang sebenarnya ilmu­Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu. (QS al-Jinn 72 : 28).

Baiklah,kita mulakan dengan surah-surah dalam al-Quran, semuanya ada 114 surah. Ini permulaan yang menarik, iaitu merupakan pendaraban antara nombor 19 dan 6 (19×6=114). Anda mungkin mengatakannya kebetulan, tapi nanti dulu, banyak lagi yang harus dirungkai. Kalau ingin tahu lebih lanjut, cuba rujuk buku bertajuk “MATEMATIKA ALAM SEMESTA -Kodefikasi Bilangan Prima dalam al–Quran” nukilan Arifin Muftie.

Pada umumnya, kod tersebut merupakan bilangan yang terdapat dalam struktur kehidupan seharian kita. Segala-galanya berkait dengan 19. Cuma kita yang tidak perasan mengenainya. Firstly, coding yang terdapat dalam al-quran merupakan coding universal dan 19 ialah nombor yang paling menyerlah. Agak pelik bukan? Tapi benar. Sebagai contoh, kod dalam muzik. Dalam muzik ada kod A,B,C,D,E,F dan G iaitu 7 kod semuanya (macam 7 petala langit dan bumi pulak). Lima daripada tujuh mengandungi kod sharp “#” iaitu A#, C#, D#, F# dan G#. Dua lagi B dan E tiada #. Ini bermaksud 7 kod membentuk 5 kod yang mengandungi 5# dan 2 tiada #. Bila perhatikan betul-betul 7+5+5+2=19!! 7, 5 dan 2 juga merupakan nombor prima (nombor yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya dan 1 sahaja) iaitu nombor yang sering keluar dalam al-Quran sebagai perumpamaan kepada solat dan juga langit dan bumi dan juga merupakan bilangan prima kembar (bersebelahan (7 dan 5) ).

Seandainya ini belum cukup membuktikan keajaiban al-Quran, sila rujuk surah (Ferum, Fe-57) al-hadid. Ia sedikit sebanyak mengenai ilmu kimia. Sememangnya jelas, surah tersebut merupakan surah yang ke 57 sama seperti nombor jisim (jumlah proton + neutron) besi tersebut. Nombor atom besi pulak adalah 25 dan dalam surah al-hadidwalaupun namanya surah besi tapi ayat yang menceritakan pasal besi hanyalah pada yang ke 25 sahaja.

“…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai-bagai manfaat bagi manusia ….” (Al Qur’an, 57:25)

Dan untuk pengetahuan anda dalam jadual berkala, besi merupakan elemen peralihan (transition element) yang ditengah-tengah sama seperti surah ini surah yang ditengah-tengah (114/2=57). Dan yang paling penting 57=3x19!! Tak mungkin ini kebetulan melainkan satu coding yang azali dan sangat terancang, yang tak mungkin manusia dapat melakukannya.

Tak cukup lagi bukti!!Ada lagi!!

Ada lagi, cuba bahagikan isotop rubidium Rb-87 dengan nombor 19. Memang benar-benar ayat (al-Muddatstsir 74: 29-31) mahu memberi pengajaran kepada kita semua. Ini bukan main-main, cuba bahagi sendiri nombor prima atau nombor yang bukan hasil daripada pendaraban 19 dengan 19. Sesungguhnya, apa sahaja nombor prima atau nombor yang bukan hasil pendaraban 19 apabila dibahagi dengan 19, selepas titik perpuluhan akan berulang kembali tepat pada nombor yang ke 19. Misalannya, 87/19=4.5789473684210526315789473684211, tak percaya lagi!!! Cuba la sendiri dengan nombor lain pasti yang ke-19 akan berulang lagi nombor tersebut.

Kalau anda inginkan kepastian lagi, mungkin di benak anda terfikirkan nombor lain. Cuba nombor lain yang apabila dibahagi akan menyebabkan titik perpuluhan yang berulang, perulangan nombor tidak sama dengan nombor yang dibahagi cth 14/13=1.076923076923076923….hanya pada nombor ke-7 nombor berulang semula. (anda perlu menggunakan kalkulator komputer anda, kalkulator tangan tak cukup nombor).

Baiklah, rasanya telah cukup banyak untuk pengisian blog walaupun sebenarnya masih banyak rahsia nombor 19 ni dalam ayat-ayat al Quran. Aku ingin mengulangi bukan alquran sahaja yang codingnya sebegini rupa kompleks, bahkan DNA manusia,sel darah merah, sel darah putih, dan etc, semuanya mempunyai coding yang kompleks tetapi bahasa yang serupa seperti dalam al-quran. Yang paling penting berkaitan dengan nombor 19 tersebut. Kita tidak dapat mengetahui maksud atau coding tersebut, apa yang didapati sekarang hanyalah pola coding itu dalam al-Quran tetapi bukan maksudnya. Mungkin kemajuan Sains yang akan datang membolehkan kita tahu maksud coding itu. Insya-Allah jika kita boleh memecahkan coding tersebut, kita boleh berbicara dengan segala makhluk seperti bakteria dan virus. Mengapa sedemikian? Ini kerana, kita seringkali menggunakan ayat2 al-Quran untuk mengubati penyakit. Dan dengan izin Allah, penyakit tersebut akan sembuh! Ini menunjukkan yang ayat al-quran itu terbukti secara saintifik mempunyai unsur penyembuhan kerana strukturnya yang kompleks dan mempunyai sesuatu kod, mungkin difahami oleh organisma yang menyebabkan penyakit itu seperti bakteria, dan virus contohnya. Dan patogen/bakteria tersebut memahami arahan itu dan menghilangkan diri dengan izin tuhannya. Ini tidak mustahil setelah anda mengetahui yang al-Quran itu mempunyai kod universal.

Belum cukup dengan ini, terdapat penemuan lain yang menunjukkan betapa hebatnya Allah. Bagi sesiapa yang berkesempatan untuk menghitung atau segala macam yang berkaitan pengiraan perkataan dalam al-Quran, anda bakal dapati satu lagi keajaiban.

Berikut ialah jumlah bilangan bagi pasangan perkataan berlawanan yang terdapat dalam al-Quran:

· Kesukaran(asy-syaddah) : 102 : Kesabaran(ash-shabr)

· Musibah(al-mushibah) : 75 : Bersyukur(asy-syukr)

· Hidup(al-hayah) : 145 : Mati(al-mawt)

· Perbuatan baik(ash-shalihat) : 167 : Perbuatan buruk(as-sayyi_at)

· Dunia(ad-dunya) : 115 : Akhirat(al-akhirah)

· Ucapan terang(al-jahr) : 16 : Ucapan tersembunyi(al-alaniyah)

Dalam pada itu, jumlah perkataan yang berhubungan dalam al-Quran:

· Syaitan(syaython @ syayathin) : 88 : Malaikat(mala_ikah @ malak)

· Mereka berkata(qo_lu) : 332 : Katakanlah!(qul)

· Kecintaan(al-muhabbat) : 83 : Ketaatan(ath-tha’at)

· Hidayah(al-hidayah) : 79 : Rahmat(ar-rahmat)

· Keselamatan(as-salam) : 50 : Kebaikan(ath-thayyibat)

· Iblis(al-iblis) : 11 : Memohon perlindungan Allah (daripada Iblis : al-sti’a_dhatu billah)

Jumlah kata bagi:

· Hari(yawm) : 365

· Bulan(sahar) : 12

· Hari-hari(Jama’/Plural) : 30

Diharap dengan penerangan di atas dapatlah kita faham maksud ayat tersebut betapa Allah ingin menunjukkan bahawa Dia merupakan maha pencipta segala sesuatu yang tiada taranya sehinggakan nombor yang dihasilkan sendiri mempunyai maksud yang tersembunyi dan terlampau banyak. Benarlah ayat tersebut ingin memantapkan keyakinan kepada yang telah yakin, memberi keyakinan kepada yang ragu-ragu, dan menyesatkan yang membantah ayat-ayatnya (setelah diberi keterangan). Sesungguhnya Allah Maha kaya dan sangat menyayangi kita semua dengan kemurahan rezeki yang melimpah ruah di alam yang “berkembang” ini. Sememangnya pengembangan alam akan sampai ke kemuncaknya. Ingatlah, usia kita amat singkat di muka bumi, jika dibandingkan dengan alam semesta ini. Dunia hanyalah angan-angan kosong. Berlumba-lumbalah mencari keredhaan-Nya.

Allah The Almighty Knows Best!

No comments:

Post a Comment